Portal:Ms
Status Projek
Disember 2019
Buat masa ini terjemahaan gambar untuk Ruang Bar Senjakala lengkap dan Sepuluh Keinginan hanya 24% lengkap. Hanya tinggal untuk mengedit dan memuat naik gambar.
Pengenalan
Selamat datang ke Projek Ketimuran, satu projek kolaborasi dalam komuniti wiki Touhou Patch Center. Tujuan utama projek ini adalah untuk menterjemahkan Touhou Project oleh Team Shanghai Alice dan Twilight Frontier ke dalam Bahasa Melayu."Malay (/məˈleɪ/; Malay: Bahasa Melayu, بهاس ملايو) is an Austronesian language spoken in Brunei, Indonesia, Malaysia and Singapore, as well as parts of Thailand. A language of the Malays, it is spoken by 290 million people." - Wikipedia English about Bahasa Melayu
Panduan Umum
Istilah dan Kamus
Anda diwajibkan menggunakan kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, dan anda boleh gunakan mesin terjemahan Google Translate, Microsoft Bing Translator atau DeepL Translator (Buat masa ini DeepL belum menyokong Bahasa Melayu) tapi hanya digunakan apabila anda tidak faham beberapa terma. Bagi pengguna Mozilla Firefox, anda boleh memuat turun kamus MyEja.
Untuk memudahkan anda semua, User:AsyrafFile telah membuat satu hamparan untuk bantuan menterjemahkan. Minta kebenaran dengan mengeteg atau DM AsyrafFile di Discord untuk mendapat akses tulis.
Terma Bahasa Inggeris dan Jepun?
Judul permainan, tajuk lagu, dan terma >70% menguasakan Bahasa Melayu (bergantung kepada keupayaan). Beberapa terma seperti Haniwa kekal kerana tiada terjemahan disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Beka Melayu?
Beka Melayu adalah Bahasa Melayu tanpa dipengaruhi bahasa asing, contoh utamanya adalah "Kepertuan" (“pertua” bermaksud “pemimpin”. Imbuhan apitan ke-an menunjukkan “hal tentang sesuatu”) bagi menggantikan perkataan "Demokrasi". Anda boleh membaca artikel dalam The Patriots dikarang oleh Alam Bahasa bertajuk "Beka Melayu: Lumpuk Ujar Dalam Pemerintahan"
Macam mana ini berkaitan dengan Projek Ketimuran? Konsep itu mungkin masih baru dan ia memerlukan beberapa tahun penyediaan untuk buat terjemahan terus.
TL/DR English: That is basically Anglish version of Malay.
Recent changes
Ahli-ahli penterjemah
Status Terjemahan
Semak peratusan projek siap di sini. Satu lagi, permainan bergaris merah menunjukkan THCRAP belum menyokong walaupun ia permainan Touhou yang rasmi.
|